Thursday, November 5, 2009

Da lama tak update

Salam semua...



Dekat sebulan gak la tak update...asik update kat FB je...



nampak tak tulisan kat baju mikhail tu?
"mummy's little star"
actually mikhail, YOU ARE MY SUPERSTAR!!!
selalu wat ibu gelak tengok telatahmu...
selalu wat ibu ternanti2 utk pulang segera...
setiap hari ada saje pelajaran baru utk tunjukkan pada ibu
flying kiss, salam & cium tangan ibu,
mula2 mikhail cuba berjalan, minta ibu pimpinkan
ibu nampak kerut diwajahmu bila ibu cuba biarkan mu cuba jalan sendiri
seolah2 minta lebih masa utk sesuaikan diri
anakku
sekarang da boleh jalan sendiri
setapak demi setapak
ketahuilah anakku
ibu akan selalu pimpin
selagi ibu mampu
disuatu hari nanti
kalau ibu tiada
kasih ibu, sayang ibu
akan sentiasa memimpin mu


ibu ajar wat 'tom tom bak', dia wat 'cak cak' lak



ni antara my newborn niece. nur ardini iqramina.
kelasss gitu nama dia
belong to en eric's sister
(elok ramai2kan pempuan dalam family, kalau kenduri senang!!)
latest news, akan ada kembar dalam my family. suspect twin gurls
belong to en eric's brother
(yeayyy...ramaikan pempuan)
semalam dapat sorang lagi. belongs to my brother. setelah 2 anak pempuan, terkabul juga permintaan utk anak lelaki....gambar will update later
(ramainya anak sedara aku)

pose sebelum tido dr mikhail...

Thursday, October 1, 2009

Sama tapi tak serupa

tdi dpt emel gamba2 masa Umie Aida bertunang...teringat lak time ibu btunang dlu.
same kaler ooo


dok kat lantai jer, takde kna intebiu






dok kat kerusi mahal, kna intebiu masuk tv
semoga berbahagia cik Umie Aida...

Tuesday, September 29, 2009

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya lalalalala
(mikhail bangun tido kul 6.30 pg di pagi syawal yang hening....)



foto hari raya sekeluarga...





tengah syok g beraya, ibu terjumpa la satu pokok cili kat rumah mak teh...1st time tgk...kagum gak. cili deep purple hahhahaha




ni golongan2 wanita kat umah...kna la duduk kat bawah sbb wanita yang paling kecik




this is my mom...i love her so much...


raya kali ni best skit la...semua ada di pagi raya...tp kul 1 je ibu kna balik umah MIL. raya ke 3 balik umah sendri balik...(lebih beraya kat jalan je nampaknyer)

yang penting...dapat duit raya dr en eric...keh keh keh


* ibu sedih sbb kawan ibu baru je putus tunang. SKMS, sabar banyak2 k, sudah pasti ada yang terbaik untuk dirimu selepas ini...

Monday, September 14, 2009

Free Counter mencanak2 naiknyer

baru2 ni ibu saje join blog mazidul akmal sidik, saje gatal2 bagi komen kat entry dia "MELUAT".
mcm biase la, bagi link...




tiba2 bila 'view blog' balik lps 2 jam kot...free counter ibu naik mencanak2...dari lebih kurang 600++ , skrg jadi 11000++. ye ke? ke ibu yang salah tengok...


huk aloh!!!





ade yg suggest nuffnang...ibu tak sempat nak kaji menatang tu...siape yang ade link (yang senang paham of course) camne nak nuffnang...share la dgn ibu...kalo dpt duit banyak2...leh bli present best2, pastu wat contest...ye tak?



Tuesday, September 8, 2009

Kitchen Design (macam best je)

(kitchen 1)


(kitchen 2)

kalo tgk gambar...perghhh cantik gilersss...ngidam nie...en eric da chop (chop??? potong ape??)nak design living room, ibu 'angkat tangan' nak design kitchen & master bedroom. takde la 100% mcm ni tak? tp amik idea & colour concept yang dia gunakan. adakah ibu akan semakin rajin masak??? da tentu r...semangat kitchen baru. masak gulai hahahaha
(aku pon kampung gak, tak la terlalu kampung mcm MUSIBAT tu hahahah)
waduh2...kok ngak saberr...
ibu prefer (kitchen 2)
korang??!!

Bengkek=Bengang=Boleh Blah Laaaa


ibu kadang2 nyampah je dok area kampung. eventhough dekat ngan my parents. pada yang tak tau, sekarang ni dok kat sebelah umah parents. actually, rumah sewa my parents tp since my mom da kick-out the previous renter (susah tul bangsa yang x sedar diri menompang kat tanah tumpah darahku, even kita serumpun-BAYAR LA SEWA!!!!), sian my mom...





so, bbuih la mulut my mom soh kami 3 beranak dok umah tu...last2 jadi gak





sebenarnya ibu memahami, kesian & simpati ngan wanita yang kena jadi fulltime housewife (kes terpaksa la ni) bahagian masing2 la kan? da anak 5 - 6 orang (cucu toksah kira la) , better la dok umah. didik anak btul2. arghhhhhhh!!!!,





ibu terus terang cakap, leh pitam kalo tak keje (mentally & financially). dalam kesian2 kat diorang ni, bolah lak dok jaja cerita PUAKA pasal ibu...





"hei musibat (da lama tak guna wording ni), ko dok umah jaga anak cucu leklok. takyah buat talam 2 muka depan aku...aku tau ko da takde benda nak buat kat umah & boring tunggu laki ko balik dari keje. so, utk isi keboringan ko, dok cerita bende ngarut pasal aku...(why me? why?). aku nak marah pon bukan ada bukti rakaman ke, hape ke. Tp aku takan tiba2 nak serang kan?"


Aku wanita bekerjaya, watpe layan musibat mcm ko.





Rileks je, pesan en eric. Satu perkataan je yang aku nak tujukan pada musibat ni...





KAMPUNG!!!!!





(entry ni utk seseorang yang aku pasti takkan pandai buka internet hahahaha, korang pandai kan????)





tak sabar nak masuk rumah baru huhuhuhu

Friday, September 4, 2009

adibah noor does it AGAIN...

dia la artis yang paling ikhlas dalam ape gak yang dia buat. semuanya menjadi. enjoy this video!!

http://www.youtube.com/watch?v=YfAnZooGeuc&feature=player_embedded

p/s : kadang2 konpius gak konsep 1 malaysia ni, kna GALI lagi & banyak bfikir
(ssshhh, tak le ckp lebih2, kang x dapat bonus hahahahaha)

Thursday, September 3, 2009

Kek Birthday Mikhail







'Nama je tokey tepung kek, tp kek birthday anak sendri pon malas nak buat'


'Tak penah tengok pon kek camni. Ade ke org buat. Bli kat mane?'


'Cantiknya, berapa harga?. Kalo camni, tak ramai la bole rasa'




Kenapa org skrg sgt outspoken, kepochi dan lain2 la...
Bnyak tanye r, komen lak macam2...
Birthday anak aku, suka aku la nak wat camne!!!
HAHAHAHA
Garang tak? Ganas tak?
Ibu nak update gamba masa birthday mikhail, tp time tu pinjam kamera org. X sempat lak nak pindah dalam laptop. Ade gamba kek aje la...ibu tempah kat
(Sori Geng Cinta, x invite korang. aku buat sempoi2 je, jiran2 tetangga & sedara mara, tunggu umah aku da ready, kita wat potluck k)

Tuesday, September 1, 2009

Upin Ipin wannabe







ape yg best sgt upin ipin tu sampai mikhail menganga setiap kali bukak cd upin ipin?
tak tau la, mungkin suara lemak manja mereka?
mungkinkah upin ipin tu gerak2 dan colourful?
atau semua di atas?
Mikhail sorang je ada jawapannya...

Mikhail da 'berbunyi' skit2

'ta ta ta'...tu je yang dia reti. kalo datang mood dia, sebut 'abaah'

semalam rekod video ni, sambil tunggu buka puasa.

enjoyyy!!!

Thursday, August 27, 2009

Happy 2nd year Wedding Anniversary


ni salah satu frame gamba yang ada kat umah. lokasi : sebelah tv. hmm xder pe pun nak cakap. selasa 25.8.2009 ulangtahun hari pernikahan kami ke 2. mcm tak sangka je. ibu tpaksa amik EL sbb mikhail demam skit lepas imunisation MMR, susah nak layan budak yang masih bersusu cap gantung ni, time demam manje teramatla sangat...thn lepas sambut kat hospital segamat. 4 hari selepas mikhail lahir. hadiah? hmm takde ape pun, cuma en eric belanja buka puasa kat nilai (restoran fav kami) sbb mikhail makin ok. dia kata, tak sempat nak bli ape2, sorry. ibu mmg tak penah minta ape2 hadiah dari en eric pon. takde pun cakap teringin nak bli itu ke, bkenan tengok itu ke atau mcm nak beli je benda tu.
ye la...mmg tak penah. nak kena cakap ke ibu nak hadiah ape??
what should i do eh kawan2???

ni lak masa kenduri di rumah en eric. gamba ni resolution kecik kot. rasanya x ramai yg pnah tgk gamba ni.


ni lak dari album gamba. kat lalang belakang sekolah rendah...lalang pon leh nampak cantik dalam gamba ish ish ish
ni kronologi dari pertemuan kami hingga sekarang
9/2/2007 - chatting di YM
cuti raya cina tahun 2007 - 1st time jumpa (blind date) di port dickson
(tp kan, ibu tak ingat bila sebenarnya en eric ajak ibu kawin. tak ingat bila en eric proposed. tau2 je kitorang g bli cincin tanya & cincin tunang. kalo ade drama kat tv scene lelaki nak melamar awek dia, mesti ibu tanya dia...tak ingat r, abang pnah wat camtu ke hehehe.
dia akan jawab, tak ingat la tu!!)
baru2 ni ibu teringat sebenarnya hehehe suspend lakss
by the time jumpa my future MIL(at that time), en eric cakap kt mak dia yang dia da bersedia nak kawin. ayatnye lebih kurang camni
omak, se (saya) da nak kawin ni, hari ni se bawak orang eh. ni duit eh (sambil tunjuk buku bank), omak tolong la jalankan.
camtu la cara ibu disunting...ewahhhh!!!
ibu pun da berkenan...kalau tak, takde makne nye nak ikut sampai umah mak en eric time tu hahahaha
ok, back to chronology...
17/3/2007 - hantar cincin tanya
2/6/2007 - bertunang
25/8/2007 - selamat dinikahkan
21/8/2008 - mikhail zeffrul dilahirkan
dari bulan 2 sampai bulan 8, almost 6 bulan je...so, sbb ibu yakin dengan pilihan ibu kali ni, kenal 6 bulan je trus nikah pon takde hal...semuanya berjalan lancar...syukur pada Allah
sekejap je masa berlalu...

Trip ke Langkawi


mmg x leh dok diam...biase la tuu


kat sane sewa kereta (mcm org lain buat hehehe) mmg da ckp ngan en eric, nak sewa kereta yang tak penah merasa pakai sebelum ni...RM 250 utk 3 hari 2 mlm. excluding deposit.








masa ni, baru sampai hotel. trus nak g makan, tak kuase nk makan kat angkasa tu. mahalll...








mmg berjalan sakan. motif kami nak jalan2, mmg takde beli ape2 pun. utk mak (pressure cooker), my MIL lak dapat (ape plak name menatang tu, tp utk pakai letak lauk la, ada 3 space, bekas kaca with steel lid). abah dapat racun (kaler merah) & kain pelikat. siape leh teka jenama racun tuuuu...
angkat tangannn!!!


paling syok kat taman burung...mikhail mmg terjakun la jugak. 1st time tengok kan?



mmg best g langkawi, syok dapat round 1 pulau. gambar2 ni diambil guna hp ibu. ada 1 lagi kamera yang kami pinjam, x sempat nak copy gamba2 kami yg lain. nanti ibu tunjuk lagi.

Friday, August 14, 2009

Cuti Panjang

Last day keje sblm cuti panjang.........

Best....


Tgk rsult PTK, tak berapa best
Dapat Aras 2 untuk UMUM (kurang study masa tu - hehe alasan!!!)
KHUSUS lak - Tak Hadir (kna g kursus laks, da hantar pon surat tunjuk sebab)




Tunggu n3 yang padat dan gumbira2 serta banyak gambar2 menarik sempena bulan Agustus ni
(risau juga penyakit H1N1 ni, tp kami da bersedia dgn mask. mohon jauhkan kami sekeluarga dari penyakit)


Pasal mikhail lak, dia da cuba bertatih...bangun jatuh je...kadang2 ibu terpikir, mikhail lambat berjalan pon takpe, takde la dia nak 'tinggalkan' ibu cepat sangat. dlam erti kata lain, bila da cepat mbesar, jadi kanak2, pastu remaja...da lebih pada kawan2...en eric slalu ckp, dia akan didik mikhail supaya 'Family 1st' in any circumstances...ibu no comment, selalu doa yang terbaik utk mikhail je.

Dalam best2 nak bcuti ni, banyak lak tempahan utk biskut raya. Rezeki Allah nak bagi kan, terima je. Next year leh g medan mcm wannad, tempah sekarang eh kalau berminat :


http://seremban.olx.com.my/promosi-biskut-raya-zureen-s-iid-39284321


atau

http://www.scribd.com/doc/18568130/Flyers-Words-1





hehe promosi lagik....


salam ramadhan untuk semua dari ibugulai sekeluarga...

Thursday, July 30, 2009

Mikhail da dapat hadiah

Baru 11 bulan, lom 12 bulan lagik...anak gue udah ada mobil
(jelessssss...)
ibu ni, umur 24 baru leh dapat kereta sendri.
(ok la tu....)

no no no, jangan kata ibu & en eric amik rasuah k

anyway, mikhail da dapat hadiah yang diidam2kan selama ni. wpon takde lesen/roadtax/insurans, kereta ni ttp bergerak, remote contolled by en eric,mikhail eksen je pegang stereng. rezeki mikhail bila pak sedara dia beri hadiah birthday. abang en eric yang keje sbg pramugara di air asia hadiahkan.

'NOW EVERYONE CAN DRIVE' yeah!!!!



tgk la aksi formula 1 (gaya mikhail)




Thursday, July 23, 2009

Planner 2009

ini planner kerajaan...agak2nye sume gomen servant ade kot...kalo takde, pandai2 la minta kat cc korang. actually thn 2009 je ibu guna planner ni. mula2 masuk keje guna diary (gomen bg gak, tebal sgt), thn ke 2 guna buku nota (buku garis 1 tu) tp thn ni guna planner nipis (binding guna stepler je) dan boleh dibawa kemana sajer(but still guna gak buku garis 1 utk catatan lain)...bila belek page utk bln depan (Bulan Agustus - cam indon laks), hatiku berbunga riang...




sebab pertama hatiku berbunga riang : 17 - 19 hb ni kami (ibu, en eric & mikhail nak g langkawi), x sabau sbb mikhail nak tau cara pakai jaket keselamatan








sebab kedua hatiku berbunga riang : 21 hb agustus ni ialah birthday mikhail yang pertama. mula la ibu teringat2 memori melahirkan mikhail ni...esoknye lak puasa...selamat datang RAMADHAN AL MUBARAK...









sebab ke3 hatiku berbunga riang : on the 25th is our 2nd year wedding aniversary, hehe
pastu hari yang sama dapat gaji lak...(musti en eric belanja makan best2 ni...)






saya happy pada bulan depan. anda camne lak???

Tuesday, July 21, 2009

Cake of the Day Part 2






ada minah cun ni btanya...ape sbnrnya yg ibu jual? kek or tepung kek...


I sell only tepung kek. Nama lainnya : Tepung Kek Segera Dhiya

gambar2 tgh buat kek tu saje je...konon2 guidance la..

(kat bawah ni ad yang ibu buat, malas nak taip balik. Copy paste shj)

Untuk makan sendiri atau perniagaan. Kami di IBUGULAI Enterprise (NS 0058427-A)menawarkan pelbagai tepung kek segera istimewa untuk anda...Ada pelbagai jenis, tepung kek coklat lembap, aneka tepung kek mentega, tepung kek keju, tepung untuk membuat biskut almond london, dan tepung apam (akan ada banyak lagi selepas ni)Hanya perlu sediakan bahan-bahan asas seperti telur, minyak jagung etc (mengikut jenis tepung). Tepung ini sudah disukat secukup rasa, tak perlu susah2 menimbang.Memang mudah & apa tunggu lagi. COD (seremban, mantin, baranang atau semenyih), pos pun OK (tambahan rm 2.50 untuk 1 bungkus yang pertama dan rm 1.00 untuk bilangan tepung kek yang seterusnya)..Kami merupakan rakan niaga (wakil di Seremban), so, jangan risau...mmg harga dijamin murah. Boleh contact via phone puan zai 013-2186506 (SMS sahaja)harga : RM 7.50 sebungkus (pembelian < 15)harga : RM 6.00 sebungkus (pembelian lebih 15 bungkus, sama ada 1 atau pelbagai jenis tepung) Apa tunggu lagi, ayuh semua peniaga pasar ramadan, pesta mantai...jom boli dan jua tepung kek...SODAPPPPP....

Friday, July 17, 2009

Cake of the Day Part 1

selasa aritu ibu amik cuti, kna jaga mikhail sbb pengasuh dia ada check-up kat hosp seremban. makin senang da jaga mikhail ni, tgh2 boring tgk mikhail tido, tiba2 rasa nak wat kek lak...cake of the day : Kek Pandan
sebelum tu nak cerita skit, ibu ade la bisnes kecik2 jual tepung kek segera. ade 1 hari tu tersinggah kat 1 blog jual tepung kek...tgk variety tepung2 kek...mmg leh pitam kejap...
korang leh check kat dqisbizz.blogspot.com
ibu da signup utk jadi rakan niaga dqisbizz ni dekat 2 bulan. bisnes kecil2an, bg ibu kita kna bisnes benda yang kita suke@ minat...ye tak...(Lia, zai da join ko berbisnes laksss) nak jadi rakan niaga kna bli banyak...stakat nak cuba 2-3, bli je kat ibu, postage mahal sbb dqisbizz beribupejabat kat penang & tepung ni almaklumla ada beratnyeeee. area seremban, mantin, beranang & semenyih ibu yang jaga, kat bangi tu leh gak entertain (time lunch shj)
so siap2 yg bminat nak bli & cuba terutama utk beli sempena aidilfitri ni, bole lah k...(leh gak buat something untuk umah MIL kita) ahakssss . kita perlu siapkan bhn2 asas lain je spt telur, minyak jagung, esen vanilla sahaja (ikut jenis tepung) kat blog tu da ada cara2 nak wat...just follow k

ibu pilih tepung kek mentega qistina. kita leh letak perisa yang kita suka. 4
that day, i choose perisa pandan (pandanus sp.) mula2 pukul putih telur sampai kembang...


pastu masuk bahan B dan 250g mentega yang berada dalam suhu bilik



masukkan bahan A yang telah diayak, essen vanila, putih telur dan 5 biji kuning telur. teruskan putar

bole masukkan paste (perisa pandan). putar lagi...'saya putar Kieran'





ini hasil putar memutar tadi


masukkan dalam loyang yang telah digris dgn mentega. suhu 180 degree C selama 45-60 min





TADAAAAAAAAA!!!! (wording ni lagikkkk)
da siap kek ni...ibu syorkan buat kek chocolate moist & kek keju. terbaru ada untuk wat almond london.
kalo siapa2 nak...leh emel mastura_5276@yahoo.com harga kawan2..musti murah nyerrr.
p/s: baru 1 produk je...niat ade tp wat malu kompeni je sampai nak bukak online business...
komen en eric : sedap (yeahhhh!!!)

Monday, July 13, 2009

Beli rumah, HOME SWEET HOME



ibu dlm proses nak bli rumah. beli umah 2nd hand...sbb bli umah 2nd hand:


area rumah tu mmg bkenan dr dlu lagik. dekat ngan umah mak. ibu sorang je yang dok dekat.

sbb bli umah kat area tu :

nanti, kalo kna pindah mane2, kot ade yang nak menyewa...bole mak @ abah tlg amik duit sewa tu...

sume mcm pelik je nape ibu bli umah 2nd hand. cerita nye camni...camne nk mula eh??

masa mula 2 pindah kampung, suka tgk umah area ni. simple yet attractive. rugi la keje gomen tp x bli umah kan?? bila da comfirm keje, tercangak2 la cari umah...area ni gak jd pilihan, tp rumah suma da sold out. nak djadikan cerita, jalan2 ngan en eric kat area tu, ada plak letak sign untuk djual...(ini peluang baikk!!!) amik no phone & call. keluarga melayu anak 2 org,( lakibini tua beberapa tahun dr ibu ngan en eric)...umah tu tak usik ape pun (kitchen kabinet pon takde) wpon diorang dok ctu da dkt 4 thn. mmg mereka niat nak jual umah tu & pindah balik kampung. rasenye kalo diorang da pindah, umah tu nampak mcm baru siap je (agaknye laa), da check defect, nampaknye takde.




baru2 ni g pejabat lawyer utk tanya2 what should i do...sblm tu da cari2 kat internet kisah2 org yang berurusniaga ngan pej peguam...so i got the basic idea what to ask & the procedure...from the discussion, lawyer ni mmg profesional...


located at section 15, bb bangi. betul2 blakang petronas & depan NIOSH



yang tanda merah tu, rumah yang nak dibeli...slalu bdoa dipermudahkan & dipercepatkan urusan jual beli rumah ni. wpon Pn Zalila (peguam) tu bajet akhir thn ni baru leh selesai semua...
pagi td en eric volunteer nak tlg antarkan surat permohonan penilaian kat Jabatan Penilaian Seremban.



ni gamba tbaru mikhail...apsal anak ibu sorang ni suka stereng...kereta...kereta laju...semua yang bersangkutpaut ngan kereta la...


pastu leh buat drift lak....hadoiii penin penin....