Wednesday, June 17, 2009

PART 2 kenangan dulu2 MJSC Serting

senyap je budak2 ni...kata ada reunion...tp takpela..maybe tgk work-on la tu...nway, ni gamba ibu kira2 10 thn lepas...form 5 dlu kat sane...beza, mmg berbeza. beza 15 kilogram kot hahaha...






gamba kenangan dgn roomate. up left IRNA, ibu & down left IKA, DILA PG

skali lagi gamba bersama2 dengan bas sekolah (geng bas sekolah)

from left : IRNA, DILA PG, ibu & IKA

kemana kalian sekarang...irna da jadi cikgu, ika kat area melaka gak tp mane ntah & dila pg nak kawin bln depan kot kat pasir gudang...

not to forget geng sentosa...yan, tim, ina, erin, aida, zila, su, faiz...kalo terjumpa blog ni...pegi la menjerit kat shout box tu k...

harap2 dapat jumpa kalian masa reunion tu

Tuesday, June 16, 2009

Majlis Cukur Jambul

Seperti yang dijanjikan, this is what happend during majlis cukur jambul si mikhail ni pada sabtu lepas. masa ibu pakaikan baju melayu tu...mula2 ngade2 gak dia...x biasa ngan material tu kot...lama2 ok...ensem pulak tgk mikhail berbaju melayu for the 1st time

majlis ni mula lpas asar...makcik2 geng marhaban ni memulakan acara...bila da tiba time mikhail keluar, kami pun keluarla dari bilik. kena 'tawaf' keliling makcik2 tu 3x sambil dengan suara2 lunak lemak manis makcik2 felda ni...pastu tiap2 sorang pun gunting rambut budak kecik ni sikit sorang. cukup syarat je...time tu mikhail ok lagik.

pastu dapat arahan dari mak lang. kena bawak mikhail g luar, orang yang tengah bekerja pulak yang akan sambung majlis cukur jambul ni. ibu pun pas la mikhail kat en eric, segan la pulak...ibu jadi photographer lak


mikhail : org ni buh bunga taik ayam ke kat bunga rampai ni?



adegan gunting menggunting berterusan...mikhail da mula merengek2


bila da merengek, en eric pas balik kat ibu (servis bertukar tangan)


akhirnya, ini yang terjadi...



ade la dapat duit org blok situ sedekah kat mikhail. bole la tambah2 kat akaun sspn mikhail. mekasih ye makcik2 pakcik2 blok 11, felda palong 5.

Wednesday, June 10, 2009

Holiday to LANGKAWI ISLAND


akhir bulan lepas en eric ngan ibu da decide nak g bercuti...since ini percutian pertama kami, ibu cadangkan g langkawi sbb hajat dulu nak honeymoon kat langkawi...tapi kena g kursus 3 bulan a week lepas kenduri...huhu...pas 3 bulan bkursus, ibu mengandung lak...tak sempat nak g honeymoon. so, kali ni kitorang honeymoon bersama2 dengan hasil dari honeymoon di rumah
hehehe



bukti mikhail da ada kat dalam





semasa hari akhir kursus. from left : ibu, ita, ecah, ct




ibu tempah air ticket + hotel kat website air asia...senang...segalanya da ada. my bro da bagi contact no. kereta sewa kat sane...kalo nak tempah click kat
http://goholiday.airasia.com/

bole pilih masa depart & return for air ticket, pastu leh pilih hotel...kami 2 adult & 1 infant cuma RM 553.90 je...(depends jenis hotel yang dipilih la, kami pilih hotel 3 bintang je) , 3 hari 2 malam
ok pe...

musti panas kat sane...hope everything gonna be fine during our vacation... nak celebrate birthday mikhail kat sane


Father's Day Contest by mamatisya


Sempena hari bapa yang akan disambut pada 21 Jun ini, ibu nak bercerita kisah seorang bapa yang bakal menyambut hari bapa buat pertama kalinya tahun ini.
Gambar ini diambil di WAD SCN (Unit Rawatan Rapi Bayi) di Hospital Segamat, Johor. Suami ibu, En. Mohd Fazrul memang orang yang paling gembira dengan kelahiran anak pertama kami, Mikhail Zeffrul pada 21 OGOS 2008.
Ibu berterima kasih pada beliau kerana tak jemu-jemu memberi dorongan dan kata-kata semangat semasa ibu hampir tak bertenaga lagi untuk melahirkan Mikhail Zeffrul. Bila doktor memberitahu tentang komplikasi kepada Mikhail akibat lewat dilahirkan, beliau menitiskan air mata mengenangkan nasib Mikhail sekiranya apa yang dikatakan doktor itu menjadi kenyataan. Oleh kerana dorongan beliau juga, ibu bersemangat untuk pam susu badan setiap masa terluang di wad. Katanya, anak kami akan lebih sihat kalau menyusu badan dan dia akan buktikan bahawa kata-kata doktor tu silap. Mikhail keluar dari hospital setelah 8 hari di wad.
Kini setelah 9 bulan kelahiran Mikhail, anak kami sihat, membesar normal dan aktif. Sempena Hari Bapa yang disambut pada bulan ini, ibu ucapkan Selamat Hari Bapa untuk ayah kepada Mikhail Zeffrul. Pada hari bapa 21 Jun 2009 ni, kami akan ke Johor Bahru kerana ibu akan outstation di sana. Lepas waktu pejabat, kami bercadang untuk jalan-jalan cari makan. Ibu mengidam nak makan seafood kat Pulau Kukup. Mikhail dah nak dapat adik ke??? Hrmmmm tunggu...
Ibu ucapkan terima kasih gak kat www.mamatisya.blogspot.com sebab anjurkan contest ni. Thanks again sbb reminding us of the becoming father's day. Good Job !!!

Monday, June 8, 2009

Apa kami buat minggu lepas...

Smlm kami sekeluarga mhantar spupu en. eric nikah kat TANGKAK...dapat test drive kereta viva baru abah...hahaha mula2 abah pakai 130Y, pastu proton saga, la ni viva kaler itam...bawak mak skali, saje bawak mak jalan2 tgk kampung orang...


Dari rumah ke FELDA PALONG 5 kira-kira 2 jam gak...Sabtu malam ada kenduri doa selamat, pg ahad ke TANGKAK tgk RED nikah (baru je tau nama spupu en. eric tu REDZA)...cikgu kawin ngan cikgi...





Mlm kenduri tu mikhail meragam...x biasa kot bising2 ni...kat umah pengasuh pun dia sensorang...petang tak tdo langsung...lawan mata mengantuk dia...bila org dok aminkan doa...bantai melalak...tanak tdo...




tengah2 melalak tu dia bantai gigit tangan ibu, smpi skrg ada kesan lagi...kurang gak sabar dibuatnye (kalo ilang sabar, lagi bahaya hehe) bagi nenen sbb nak suruh tdo, dia gigit...aduhhh sakiittt...ikut hati mmg nak ceraikan susu je...





tp mak cakap "budak lelaki biar bagi lamo skit nyusu, paling elok 2 tahun, toba (tebal) sayang eh kek awak nanti"





agak2 leh paham tak?...maksud mak(org minang), anak lelaki ni biase la...ganas skit, manja pun bole tahan, so dia takde la nak biarkan kita nanti kalo kita da tua, kasih tu x berubah sampai bila2 sbb da kenyang minum susu ibu...(pandai2 je wat interpretasi sendri hahaha)





pandai tul mak pujuk...



pujuk ibu la...bkn mikhail...


minggu depan mikhail akan 'dcukur jambulkan'...da dkt 9 bulan baru ada peluang nak buat...ni pun di sponsor oleh mak lang (mak pada RED) mak lang ni aktif dalam blok dia, join org berzanji...so, disebabkan dia takde cucu lagi...cucu sedara la jadi mangsa utk 'dicukur jambulkan'
and the LUCKY WINNER IS Mikhail Zeffrul bin. En. Eric hehehe
ibu kena siapkan berkat dalam 150 beg...ibu serahkan bulat2 kat my sis yang tgh bcuti panjang ni...

tunggu another post pasal majlis tu k...

Friday, June 5, 2009

GULAI of the day

en eric mengidam nak makan gulai siput...ibu kata ok je tp dia yg kna potong blakang siput tu...ibu malas, renyah tul keje nyer. satu lagi dia kena cari kelapa, kupas kulit & mesin skali...dia ok je...





ibu pun masak la macam biase...x sempat snap gamba sebab terlupa (asyik tul memasak)...mikhail lak time tu g umah uwan dia (pos kejap sbb nak masak)





tak lama kemudian lepas perah santan, mesin cili, cari serai & daun kunyit kat blakang umah dll





TA DAAAAA ....


gulai siput yang sempoi...takde batang keladi...(da petang. kedai pun da xjual batang keladi)...
en. eric ckp ok...kalo kurang pedas skit...lagi ok

agak2 boleh wat berniaga tak? da siap bagi kat mak yang dok sebelah umah...selalu kalo masak, musti bagi mak semangkuk...suruh dia komen gak...biar dia tau anak dia yang paling TAK tahu masak dulu...kini da bole masak...dulu mmg malas, ada lak kakak 2 org...bertambah2 la malasnyer...

Monday, June 1, 2009

ibu dan mikhail demam...

kesian mikhail...demam dekat 5 hari...malam merengek je...makan pun skit...camne nak gain weight ni...muuunntahh je...yg leh masuk dalam tekak dia just susu ibu...manja pun 100x ganda dari biasa...tanak dgn org lain...dengan uwan pun dia tanak...aduih...
ibu minta mc gak sbb kna jaga mikhail...biarla ibu sendri yg jaga dia 1 hari...rasa bersalah sbb dia mjangkit dari ibu...kami x dapat balik kampung en. eric last saturday sbb mikhail x sihat...

mula2 demam hari ptama & kedua, makan je ubat demam yg klinik kerajaan bagi...bila masuk ari ke 3...melarat la batuk...selemo (n9 style)..., kul 4.30 pagi...ibu & en. eric da nekad nak anta g klinik byr, badan panas melampau, nak tido pun x leh...kami 3 beranak meredah embun pagi g cari klinik 24 jam...

nak dijadikan cerita, klinik yang biasa dgn area tmpt kami x bukak lak...kurang ajor tul...x sempat nak snap gamba...tgh emergency time tu... tetiba datang 2 polis bermotosikal kearah kereta kami...(apasal plak tetiba polis ade ni...baru teringat en eric bawa kereta macam tercabut tayar sebiji...emergency kan? lajuuuuu sgt2, x ikut halaju) tanya serba sedikit, polis bgtau klinik tu da hampir nak bankrup...

mendidih je...terbakar jiwa raga...polis tu suggest g klinik 24 jam kat nilai, depan dengan restoran SALAM...

akhirnya jumpa gak klinik 24 jam, mmg da tinggi demam mikhail 39 darjah C...masuk ubat punggung (lebih sopan perkataan punggung dari bon***)...

dari kiri : ubat selsema, antibiotik, ubat batuk & ubat demam.
ni la ubat punggung...dapat 4 biji lagik, in case of emergency baru guna, ubat ni kna letak dlm peti ais (bkn dlm freezer tau..)
total : RM 65.00 (termasuk harga doktor membebel sbb takde simpan ubat punggung kat umah)

ni gamba mikhail mlm tdi, da semakin ok...badan x panas, aktif skit2, hidung still berhingus & kdg2 batuk...

siape yg x sayang anak ooiii, bukan senang nak dapatttt...