Wednesday, June 10, 2009

Father's Day Contest by mamatisya


Sempena hari bapa yang akan disambut pada 21 Jun ini, ibu nak bercerita kisah seorang bapa yang bakal menyambut hari bapa buat pertama kalinya tahun ini.
Gambar ini diambil di WAD SCN (Unit Rawatan Rapi Bayi) di Hospital Segamat, Johor. Suami ibu, En. Mohd Fazrul memang orang yang paling gembira dengan kelahiran anak pertama kami, Mikhail Zeffrul pada 21 OGOS 2008.
Ibu berterima kasih pada beliau kerana tak jemu-jemu memberi dorongan dan kata-kata semangat semasa ibu hampir tak bertenaga lagi untuk melahirkan Mikhail Zeffrul. Bila doktor memberitahu tentang komplikasi kepada Mikhail akibat lewat dilahirkan, beliau menitiskan air mata mengenangkan nasib Mikhail sekiranya apa yang dikatakan doktor itu menjadi kenyataan. Oleh kerana dorongan beliau juga, ibu bersemangat untuk pam susu badan setiap masa terluang di wad. Katanya, anak kami akan lebih sihat kalau menyusu badan dan dia akan buktikan bahawa kata-kata doktor tu silap. Mikhail keluar dari hospital setelah 8 hari di wad.
Kini setelah 9 bulan kelahiran Mikhail, anak kami sihat, membesar normal dan aktif. Sempena Hari Bapa yang disambut pada bulan ini, ibu ucapkan Selamat Hari Bapa untuk ayah kepada Mikhail Zeffrul. Pada hari bapa 21 Jun 2009 ni, kami akan ke Johor Bahru kerana ibu akan outstation di sana. Lepas waktu pejabat, kami bercadang untuk jalan-jalan cari makan. Ibu mengidam nak makan seafood kat Pulau Kukup. Mikhail dah nak dapat adik ke??? Hrmmmm tunggu...
Ibu ucapkan terima kasih gak kat www.mamatisya.blogspot.com sebab anjurkan contest ni. Thanks again sbb reminding us of the becoming father's day. Good Job !!!

0 comments: